Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Munajat mohon perlindungan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) meneruskan lagi program Majlis Malam Munajat bagi mengajak orang ramai untuk mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT serta meminta perlindungan agar Negara Brunei Darussalam terhindar daripada segala bencana dan penyakit.

    Majlis disertai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin Raes, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Majlis diikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin dan diteruskan dengan bacaan Doa Yassin oleh Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Asminan bin Haji Chuchu.

    Majlis kemudian diisikan dengan Zikir Istighfar dan Taubah beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Pelajaran Ugama Kanan/Ketua Bahagian Sekolah-sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin dan diteruskan dengan bacaan Doa bagi Memohon Terhindar dari Wabak COVID-19 oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Imam Tingkat 1, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Kharul Ariffin bin Haji Yusof.

    Turut sama menyertai tersebut ialah Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; dan warga dari KHEU serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Majlis Malam Munajat yang diadakan secara maya. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda