Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengajak orang ramai untuk menyertai Malam Munajat, yang diadakan setiap Sabtu selepas sembahyang fardu Maghrib bagi bersama-sama merafakkan doa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit berbahaya, khasnya wabak COVID.
Marilah bersama-sama mempertingkatkan amalan serta memohon keampunan dari Allah SWT dengan beristighfar, membaca Surah Yasin, mendengarkan tazkirah dan berzikir.
Orang ramai bolehlah menyertai dari mana jua berada dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Dakwah Islamiah.