Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mungkin dia mahu memberi kejutan buat saya – ibu Michelle Yeoh

    Datin Janet Yeoh, iaitu ibu kepada pelakon Tan Sri Michelle Yeoh mendedahkan dia tidak mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya dengan Jean Todt.

    Memetik daripada mStar, Janet memberitahu pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu sering menghubunginya tetapi tidak pernah memaklumkan mengenai perancangan perkahwinan.

    “Anak perempuan saya selalu menelefon saya tetapi dia tidak memberitahu saya mengenai perkahwinannya ketika kami bersembang menerusi panggilan telefon dua minggu lalu.

    “Mungkin dia mahu memberi kejutan buat saya,” katanya.

    Dalam pada itu, Janet turut meluahkan rasa gembira menerima perkhabaran berita itu kerana dia antara individu yang sering mendesak aktres berkenaan berkahwin.

    Janet juga berharap agar anak perempuannya itu pulang ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan-rakan.

    “Jean melamar Michelle sudah banyak kali dan dia akan ketawa sambil berkata dia seronok dilamar… Jean sangat menyayanginya,” ujarnya.

    Pada 26 Julai 2004, Todt, 77, melamar Michelle selepas menjalinkan hubungan cinta selama lebih sebulan.

    Pasangan itu pertama kali bertemu di Shanghai, China pada 4 Jun 2004.

    Selepas hampir 20 tahun akhirnya Michelle sah bergelar isteri kepada Todt yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari pada Khamis lalu.

    Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

    Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu. – Agensi

    Michelle belum berkongsi berita gembira dengan ibunya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...