Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mungkin orang takut dengan saya – Aya Amiruddin

    Pelakon dan pelawak, Aya Amiruddin tidak pernah berdepan sebarang layanan buruk atau bentuk diskriminasi daripada rakan artis sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

    Memetik laporan mStar, Aya, 28, berkata bahawa hubungan baik dengan pelakon senior serta pendekatan peribadinya yang gemar mengelak konflik banyak membantu mengekalkan suasana kerja yang harmoni dan profesional.

    “Syukur saya tak pernah diherdik, mungkin sebab orang takut dengan saya.

    “Hubungan saya dengan pelakon senior semuanya baik. Saya tiada masalah dengan sesiapa pun.

    “Saya banyak belajar daripada mereka. Malah, tip dan nasihat yang dikongsi sangat membantu dan menjadi panduan dalam perjalanan karier saya,” katanya kepada mStar.

    Aya jaga hubungan baik dengan pelakon lain. – mStar

    Dalam pada itu, Aya turut mengakui bekerja di set penggambaran memerlukan tahap kesabaran tinggi, termasuklah berdepan dengan cabaran seperti bau badan sesama pelakon.

    Kata Aya, setiap individu mempunyai kondisi tubuh yang berbeza dan perkara seperti ini wajar ditangani dengan penuh berhemah tanpa perlu diperbesarkan.

    “Secara asasnya, bila daripada pagi sampai malam berada di set penggambaran, macam-macam bau boleh kita hidu.

    “Tapi berkenaan bau badan, saya rasa masing-masing kena ada kesedaran sendiri.

    “Setakat ini saya tak pernah ada masalah dan masih boleh bertahan. Bau masam ke apa, saya diamkan saja,” jelasnya.

    Isu bau badan di lokasi penggambaran menjadi perbualan hangat dalam kalangan warga industri seni sejak kebelakangan ini.

    Pelakon Harissa Adlynn dan Scha Elinnea turut tampil berkongsi pengalaman mereka yang menyentuh tentang kepentingan menjaga kebersihan diri demi keselesaan bersama ketika bekerja. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda