Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 19 murid Sekolah Ugama Pengkalan Batu telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran bagi menandakan mereka berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebelum menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.
Majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut itu dihadiri oleh Ketua Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Sinega binti Haji Swadi.
Majlis ini merupakan kegiatan tahunan sekolah untuk menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran.

Selain itu, ia juga diadakan bagi menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar bagi memastikan murid-murid dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan Darjah 6 perseko-lahan agama.
Selain itu, ia juga dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara ibu bapa dan penjaga, guru-guru dan pelajar dalam mengendalikan majlis-majlis di sekolah.