Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murid sekolah rendah di Indonesia akan diwajibkan bahasa Inggeris

    JAKARTA, 27 OKT – Indonesia akan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib bagi murid sekolah rendah mulai 2027, sebagai sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertujuan meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris dan memperluas penglibatan global.

    Selain itu, bahasa Portugis akan diperkenalkan sebagai mata pelajaran keutamaan dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik dan kebudayaan dengan Brazil.

    Dasar baharu yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Rendah dan Menengah itu mewajibkan pelajaran bahasa Inggeris bermula dari Tahun Tiga sekolah rendah di bawah peraturan 2025.

    Menterinya, Abdul Mu’ti menyatakan harapan bahawa langkah itu akan menandakan satu pencapaian penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan asas di Indonesia.

    “Mulai 2027, bahasa Inggeris akan diajar sebagai mata pelajaran wajib,” katanya yang dipetik oleh Metro TV News sambil menambah bahawa penyediaan guru be  untuk menyampaikan pelajaran itu adalah keutamaan utama.

    Dalam usaha mengukuhkan hubungan diplomatik dan kebudayaan dengan Brazil, Presiden Prabowo Subianto mengumumkan bahawa bahasa Portugis telah dimasukkan ke dalam kurikulum kebangsaan Indonesia. Beliau membuat pengumuman itu bersama Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva semasa pertemuan mereka di Istana Merdeka minggu lalu.

    “Sebagai tanda penghargaan tinggi kami terhadap Brazil, bahasa Portugis akan menjadi antara bahasa keutamaan dalam kurikulum pendidikan Indonesia,” kata Prabowo. – Bernama

    Seorang guru mengajar bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Indonesia. – KEMENTERIAN PENDIDIKAN INDONESIA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda