Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murid SRDB sertai Hari Keusahawanan Mini

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai asas mengurus kewangan, Sekolah Rendah Dato Basir (SRDB) telah mengadakan Hari Keusahawanan Mini yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.
    Antara lain objektif acara tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara menguruskan kewangan peribadi dengan baik dan bijak.

    Di samping itu, ia mengajar murid-murid tentang kemahiran asas keusahawanan bagi meningkatkan taraf hidup, mengajar untuk menabung dan berjimat cermat.

    Hadir selaku tetamu kehormat di acara itu ialah Guru Besar SRDB, Hajah Sarinah binti Haji Ahmad dan seterusnya melancarkan Hari Keusahawanan Mini.

    Hajah Sarinah dalam ucapan pelancarannya menekankan agar murid-murid dapat memantapkan lagi minda mereka dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

    “Selain itu, acara ini juga memberikan pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid supaya aktif bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan,” tambahnya.

    Acara dimeriahkan dengan aktiviti jualan dan kraftangan daripada 32 murid yang menyertai hari keusahawanan tersebut, dan seterusnya menyaksikan penyampaian sijil kepada peserta, yang disampaikan oleh guru besar sekolah berkenaan semasa mengunjungi meja jualan murid.

    Antara peserta yang menyertai acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN SRDB
    Hajah Sarinah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang murid. – GAMBAR SERAHAN SRDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda