Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 25 murid Taman Didikan Anak-anak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang telah berjaya menamatkan kelas tadika dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2024 telah diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Akademik Terbaik bertempat di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong, hari ini.
Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian sijil kepada 50 murid yang berjaya menamatkan sesi persekolahan (KG2) bagi tahun 2024.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong.
Turut hadir ialah Dayang Nur Akmalia binti Lt Kol (B) Awang Iskandar selaku pengerusi Badan Tertinggi Sukan PEKERTI.
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan ditampilkan oleh murid-murid KG1 dan
KG2.