Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murid terima manfaat Program Celik Al-Quran Februari ini

    SEMPORNA, 14 Jan – Pelancaran program jelajah komuniti celik Al-Quran dan Fardu Ain di Semporna pada Februari ini bakal memberi manfaat pendidikan Al-Quran kepada murid sekolah termasuk kanak-kanak bajau laut di daerah ini.

    Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban berkata program yang dilaksanakan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Akademi Pengajian Al-Quran Semporna (APAQS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) itu menyasarkan murid di Sekolah Kurang Murid termasuk kanak-kanak bajau laut di daerah ini untuk belajar Al-Quran.

    Menurutnya program itu akan tertumpu di sekolah sekitar pulau antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Larapan, SK Omadal, SK Menampilik, SK Selakan dan Bum Bum sebagai antara pusat jelajah pembelajaran celik Al-Quran, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

    “Program seumpama ini merapatkan jurang pendidikan khususnya dalam bidang agama bagi kawasan yang kurang mendapat akses pendidikan Al-Quran secara formal,” katanya. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda