Oleh Normazlina M.D TUTONG, 11 Julai – Perasaan teruja dan gembira jelas terpancar di wajah murid-murid Tahun 2, Sekolah Rendah Tumpuan Telisai Tutong II saat menerima balasan kad Hari Raya Aidilfitri daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin.