Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray bantu Nuggets tewaskan Lakers

    LOS ANGELES, 19 MEI – Jamal Murray menjaringkan 23 daripada 37 mata pada suku keempat untuk membantu Denver Nuggets menang 108-103 ke atas Los Angeles Lakers kelmarin dan mendahului 2-0 dalam siri akhir NBA Western Conference.

    Pemain Paling Berharga NBA dua kali, Nikola Jokic menambah triple double dengan 23 mata, 17 rebound dan 12 assist untuk Nuggets, namun persembahan dipamerkan Murray yang lebih menyerlah.

    Dia berjaya menjaringkan enam daripada tujuh lontaran, termasuk empat daripada lima jaringan tiga mata, bermain keseluruhan permainan suku akhir di mana Jokic dan rakan sepasukannya Kentavious Caldwell-Pope serta Aaron Gordon gagal menjaringkan mata.

    Persembahan Murray sudah memadai untuk pasukan Nuggets memenangi perlawanan namun mengalami kesukaran untuk mengatasi LeBron James dan Lakers sepanjang tiga suku pertama di Ball Arena, Denver.

    “Perlawanan akan menjadi lebih mudah sekiranya saya bermain pada separuh masa pertama,” kata Murray, menambah bahawa dia mampu memberikan tumpuan semula selepas terlepas beberapa lontaran terbuka dan menggalakkan rakan sepasukannya untuk membuat percubaan.

    “Teruskan bermain, tumpukan perhatian dan berusaha mengalahkan mereka,” katanya selepas menjaringkan mata pada suku kedua. “Jangan hilang keyakinan. Cuba bermain dan jika kami tidak membuat percubaan maka kami tidak akan menang,” tambahnya.

    James dan Austin Reaves masing-masing menjaringkan 22 mata untuk pasukan Lakers dan pemain simpanan Jepun, Rui Hachimura menyumbang 21 mata dari bangku simpanan, namun Lakers tidak mampu menyaingi lawan selepas Murray turun bermain. – AFP

    Aksi Jamal Murray cuba melepaskan diri daripada kawalan pemain pertahanan Lakers semasa pertemuan di Ball Arena, Denver, 18 Mei lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda