Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray berpuas hati

    WASHINGTON, 31 Julai – Andy Murray membuat penampilan semula di gelanggang keras kelmarin dalam perlawanan pertama di gelanggang itu selepas hampir 17 bulan, menumpaskan Mackenzie McDonald di Terbuka ATP Washington.

    Juara Grand Slam tiga kali dan bekas pemain nombor satu dunia, tidak beraksi selama 11 bulan selepas mengalami kecederaan pinggul kanan dan menjalani pembedahan pada Januari lalu, menewaskan pemain ranking ke-80 dari Amerika Syarikat 3-6, 6-4, 7-5.

    Murray yang terjatuh ke kedudukan 832, memerlukan tujuh mata utama untuk mengatasi McDonald, mensia-siakan lima mata sebelum dipecahkan pada perlawanan ke-10 pada set terakhir sebelum bangkit dan mencatat kemenangan dalam perlawanan yang memakan masa dua jam dan 37 minit hari ini. “Saya berjuang habis-habisan dan saya perlu melakukannya,” kata Murray. “Pergerakan sangat baik. Saya tidak terjejas. Ia berakhir dengan baik.”

    Pemain dari Scotland itu berteriak sebagai tanda berpuas hati selepas menyaksikan pukulan McDonald tersasar di mata terakhir.

    Andy Murray meraikan kejayaannya selepas menewaskan Mackenzie McDonald di Washington kelmarin. – AFP

    “Saya berasa gembira selepas melalui peringkat ini. Anda dapat lihat saya meraikannya,” kata Murray. “Ia merupakan perlawanan yang sukar dan ia boleh berakhir sebaliknya. Ia menarik apabila mencatat kemenangan.”

    Murray tidak beraksi di gelanggang keras sejak Mac 2017 di Indian Wells, di mana beliau tewas dalam perlawanan pertama.

    “Saya sudah lama tidak beraksi dalam kegelapan dan di bawah sinaran dan saya rasa ritma saya tersasar,” kata Murray. “Saya bergelut apabila melakukan serve. Saya lebih berhati-hati pada set kedua dan mula melakukan serve yang lebih baik.” Murray menempah tiket untuk perlawanan bagi pusingan kedua esok menentang pilihan keempat Britain, Kyle Edmund. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda