Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Murray, Djokovic dibenarkan sertai Wimbledon

    LONDON, 28 JUN – Bekas juara, Andy Murray dan Novak Djokovic hari ini mengetepikan kebimbangan kecederaan yang masih berlarutan untuk mengambil tempat mereka dalam undian Wimbledon.

    Murray, juara tahun 2013 dan 2016, kelihatan pasti akan terlepas peluang untuk penampilan perpisahannya di All England Club selepas menjalani pembedahan belakang hujung minggu lalu.

    Djokovic, bekas pemain nombor satu, yang telah memenangi gelaran Wimbledon tujuh kali, juga memerlukan pembedahan awal bulan ini selepas mengalami kecederaan lutut yang serius di Terbuka Perancis.

    Bagaimanapun, hari ini, kedua-dua pemain yang berusia 37 tahun itu, saingan sepanjang kerjaya, mengambil tempat mereka dalam undian untuk kejohanan Grand Slam ketiga tahun ini yang akan bermula pada Isnin.

    Murray akan menentang pemain ranking ke-38, Tomas Macchac dari Republik Czech yang telah mengalahkan bintang Britain itu dua kali tahun ini.

    Djokovic, pilihan kedua, akan bertemu dengan pemain ranking ke-123, Vit Kopriv, juga dari Republik Czech, yang akan membuat penampilan sulung di Wimbledon.

    Murray, kini berada di tangga ke-115 dunia, menjalani pembedahan untuk cyst tulang belakang dan berkata kelmarin bahawa dia tidak mungkin cukup cergas untuk bermain dalam acara perseorangan.

    Pemain Scotland itu, yang bermain dengan pinggul logam, menjalani pembedahan selepas mengalami kelemahan dan kehilangan koordinasi di kaki kanannya semasa bermain di Queen’s, memaksanya menarik diri daripada kejohanan tersebut. – AFP

    Aksi Djokovic semasa sesi latihan di All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon menjelang Kejohanan Wimbledon di London pada 24 Jun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...