Monday, February 24, 2025
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray, Djokovic terkeluar 10 teratas

    PARIS, 7 Nov – Andy Murray dan Novak Djokovic terkeluar dari 10 kedudukan teratas ATP buat kali pertama dalam tempoh beberapa tahun dalam ranking terbaru yang dikeluarkan semalam.

    Murray, 30, jatuh dari tangga ketiga kepada 16 selepas tidak beraksi sejak Julai lalu kerana kecederaan pinggul yang dialaminya.

    Kemunculan terakhir pemain dari Scotland itu di luar 10 kedudukan teratas adalah pada Oktober 2014.

    Pemenang Grand Slam tiga kali itu kali terakhir muncul di atas gelanggang di Wimbledon, adalah ketika tewas dalam suku akhir kepada Sam Querrey dari AS.

    Sejurus selepas dia disingkirkan dari ranking teratas dunia oleh Rafael Nadal, yang mengukuhkan kedudukan teratas akhir tahun pada persaingan Paris Masters minggu lalu.

    Novak Djokovic kini jatuh lima anak tangga ke kedudukan ke-12, bagi ranking paling rendahnya sejak Mac 2007. – AP

    Murray dijadualkan menghadapi pemain nombor dua dunia, Roger Federer dalam perlawanan amal di Glasgow hari ini sebelum memulakan persediaannya bagi Terbuka Australia dengan beraksi di Brisbane.

    Djokovic, bergelut dengan kecederaan siku, juga kali terakhir beraksi dalam suku akhir Wimbledon apabila terpaksa berhenti menentang Tomas Berdych.

    Pemenang Grand Slam sebanyak 12 kali itu menamatkan tahun ini di kedudukan ke-12, turun lima anak tangga, bagi ranking paling rendahnya sejak Mac 2007. Djokovic berharap untuk kembali beraksi pada Kejohanan Tenis Dunia di Abu Dhabi bulan depan.

    Jack Sock dari AS, yang menewaskan Filipi Krajinovic 5-7, 6-4, 6-1 dalam pertandingan akhir Paris Masters pada Ahad lalu, melonjak 13 anak tangga ke tangga sembilan dalam carta ATP.

    Penguasaan Sock ibu negara Perancis membolehkannya menempah tempat ke Finals Jelajah Dunia yang akan diadakan minggu depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda