Murray, Djokovic teruja beraksi di Tokyo

MADRID, 21 NOV – Andy Murray dan Novak Djokovic berpeluang beraksi di Sukan Olimpik di Tokyo 2020.

Murray berkata kelmarin “Dia gembira untuk bersaing di Tokyo,” dan Djokovic mengakui sukan Olimpik merupakan sasaran utamanya dalam senarai hasratnya untuk tahun depan.”

Murray, juara Olimpik dua kali dalam kategori perseorangan dan pemenang Grand Slam tiga kali, perlahan-lahan kembali selepas menjalani pembedahan pinggul pada Januari lepas.

Pada Oktober, dia memenangi gelaran pertamanya sejak kembali beraksi.

Dia mengalahkan Tallon Griekspoor 6-7 (7), 6-4, 7-6 (5) kelmarin dalam pertandingan Piala Davis pertamanya dengan Britain sejak 2016.

Aksi Andy Murray ketika mengembalikan bola kepada Tallon Griekspoor semasa perlawanan Piala Davis di Madrid, Sepanyol. – AP

“Saya sangat suka bermain di Sukan Olimpik,” kata Murray, 32 tahun. “Saya sentiasa seronok dengan persekitaran pasukan dan bersaing untuk negara saya. Saya sangat menikmatinya. Jadi memang saya teruja beraksi di Tokyo.”

Pemenang pingat emas Olimpik 2012 dan 2016, Murray berkata dia berharap agar tahap kesihatannya di dalam keadaan baik di penghujung tahun depan.

“Saya gembira dengan itu,” katanya. “Itulah yang saya mahukan untuk tahun depan.”

Roger Federer sudah menyatakan bahawa dia merancang untuk beraksi di Tokyo, walaupun, jadual kariernya yang sangat padat.

Djokovic yang membantu Serbia mengalahkan Jepun dalam Final Piala Davis kelmarin di Madrid, berkata Sukan Olimpik juga merupakan sebahagian daripada rancangannya untuk 2020.

“Saya cuba untuk mengekalkan kesihatan, kecergasan, bersedia beraksi dengan baik,” katanya. “Saya bermain dalam pertandingan Tokyo (ATP), dan saya menang tahun ini dan Sukan Olimpik bakal diadakan di gelanggang yang sama, yang mana baik untuk corak permainan saya dan ia sangat sesuai.”

Djokovic, 32 tahun mengharapkan permainan yang menarik di Jepun. Sukan Olimpik merupakan satu-satu perlawanan yang belum pernah dimenangi dalam kariernya. Dia telah memenangi pingat gangsa pada sukan 2008 di Beijing. – AP