Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray: jangan segerakan ‘kepulangan’ tenis

    LONDON, 29 APRIL – Andy Murray menegaskan tenis mesti mengambil langkah berwaspada apabila ketua-ketua sukan mula mempertimbangkan bila kejohanan tenis akan dilangsungkan semula selepas koronavirus.

    Jelajah ATP lelaki dan wanita telah digantungkan sehingga sekurang-kurangnya pada 13 Julai disebabkan oleh pandemik, sementara itu Wimbledon tahun ini telah dibatalkan.

    Kelab-kelab bola sepak Liga Perdana berharap untuk menghabiskan musim yang ditunda ini pada musim panas.

    Tetapi bekas juara dunia, Murray, percaya bahawa tenis akan menjadi salah satu sukan yang terakhir yang akan disambung disebabkan oleh keperluan perjalanan.

    “Saya pasti kesemua pemain tenis mahu kembali bersaing dan bermain dengan secepat mungkin. Tetapi pada masa ini ia bukan satu perkara yang paling penting,” kata Murray kelmarin.

    Gambar fail 21 November 2019 menunjukkan Andy Murray ketika beraksi di Piala Davis. Murray menegaskan tenis mesti mengambil langkah berhati-hati untuk mengembalikan sukan tenis selepas koronavirus.- AP

    “Pertama sekali, kami mahu kehidupan biasa kami semula, hanya berada di luar, berjumpa kawan-kawan, pergi ke restoran dan mempunyai kebebasan anda sendiri.

    “Dan berharap, semua benda akan membenarkan kita untuk melakukan perjalanan dan sukan akan kembali seperti biasa. Tetapi saya tidak dapat melihatnya dalam masa terdekat ini.

    Murray percaya membendung virus adalah penting sebelum sebarang rancangan untuk sukan tenis dimulakan semula.

    Pada masa ini Terbuka AS dan Terbuka Perancis kedua-duanya akan kembali pada bulan Ogos dan September, tetapi Murray berkata: “Perkara pertama ialah cuba untuk mencari jalan untuk menghentikan penularan dan sebaik sahaja kita dapat melakukannya kita akan dapat melakukan lebih banyak perkara yang biasa dilakukan oleh semua orang daripada memikirkan untuk bersaing dalam sukan.

    “Apabila anda tidak dapat melihatnya dalam beberapa waktu, barangkali orang menyedari betapa mereka suka bermain, tetapi hanya kerana sukar untuk tidak bersukan ketika ini tidak bermakna kita mesti mempercepatkannya.

    “Saya dengan jelas bukan seorang pakar tetapi saya merasakan bahaya adalah bila anda berusaha untuk melakukan perkara itu dengan cepat –seperti mengelakkan penjarakan sosial.

    “Jika kami membuat perjalanan antarabangsa, mungkin terdapat gelombang kedua jangkitan dan ia akan melambatkan semua perkara sekali lagi dan itu bukan yang dimahukannya. Mari kita sama-sama kembali kepada kehidupan kebiasaan dahulu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda