Murray Juara Terbuka maya Madrid

PARIS, 1 MEI – Andy Murray memenangi gelaran Terbuka Maya Madrid kelmarin, selepas lawannya dari Argentina, Diego Schwartzmann terpaksa menarik diri pada separuh akhir kerana mengalami gangguan komunikasi rangkaian.

Murray berjaya menewaskan David Goffin dari Belgium di perlawanan akhir tetapi drama kejohanan dalam talian berlaku di pusingan sebelumnya. Di mana Schwartzmann terus diberikan mata walaupun pemenang mata dari Murray.

Dengan Murray menyatakan ‘ini kegilaan’, apabila lawannya dari Argentina menarik diri.

“Kerana masalah teknikal dengan rangkaian, Schwartzmann telah terhalang daripada bersaing dengan normal dalam pertandingan separuh akhir.

Para pemain telah bersetuju bahawa Andy Murray harus maju ke perlawanan akhir MMOPEN Virtual Pro itu,” menurut penganjur dalam laman Twitter.

Schwartzman memberitahu Murray yang berada di London, juara dua kali itu dalam acara Madrid melalui mikrofon “Saya tidak layak berada di perlawanan akhir, anda bermain di perlawanan akhir.”

Pada perlawanan akhir wanita, Kiki Bertens dari Belanda, yang memenangi gelaran Terbuka WTA Madrid musim lalu, mengalahkan Fiona Ferro dari Perancis.

Murray dan Bertens memenangi hadiah 150,000 euro (AS$164,000) dengan sebahagian besar wang untuk rakan tenis mereka yang telah terjejas teruk oleh penutupan tenis yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Musim tenis tidak akan disambung semula sehingga pada 13 Julai paling awal akibat penularan wabak COVID-19. – AFP

Rafael Nadal dari Sepanyol (kiri, bawah) menentang Denis Shapovalov dari Kanada dalam pertandingan tenis maya, kejohanan yang dianjurkan oleh Terbuka Madrid.– AP