Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray kembali beraksi

    WUHAN, China, 28 Sept – Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray tidak akan tergesa-gesa dengan aksi kembalinya dari kecederaan pinggul yang menjejaskannya sejak tahun lepas, kata ibunya dan bekas kapten pasukan Piala Fed, Judy Murray.

    Pemenang Grand Slam tiga kali itu, Murray, yang bekerja keras dalam setiap pertandingan tenis sejak pembedahan pinggul awal tahun ini, pada masa ini beraksi di Terbuka Shenzhen di China dan akan beraksi hanya satu lagi pertandingan musim ini, di Beijing.

    Murray jatuh dari kedudukan teratas dunia pada tahun 2016 ke 311 dalam ranking dan ibunya berkata dia ‘terdesak’ untuk kembali ke kecergasan sepenuhnya.

    “Dia melakukan dengan baik. Dia melakukannya dengan pakar pemulihan di Philadelphia,” kata Judy Murray semalam di bandar Wuhan, China, di mana dia melakukan bengkel kejurulatihan ketika Terbuka Wuhan.

    Anak lelakinya menunjukkan dirinya yang lama semalam di Shenzhen, di mana dia mengetepikan pemain pilihan utama David Goofin dalam straight set.

    Andy Murray ketika mengembalikan bola semasa perlawanannya menentang David Goffin dari Belgium pada kejohanan tenis ATP di Shenzhen. – AFP

    Sementara terdapat beberapa petanda yang jelas dalam pertandingan itu yang mengalami masalah pinggul yang merehatkannya dari beraksi selama beberapa bulan, kata ibu kepada pemain yang berusia 31 tahun dia tidak akan menanggung sebarang risiko.

    “Dia mahu fokus pada tahun selebihnya ke atas tubuhnya sebaik yang mungkin bagi permulaan tahun 2019,” katanya.

    “Ia adalah rehat yang panjang dan ia sukar bagi semua orang, tetapi dia seorang berdisplin, dia melakukan kebangkitan yang luar biasa.”

    Pada tahun 2013, setahun selepas kemenangan pertamanya dalam Grand Slam di Terbuka AS, Murray menjadi pemain dari British yang pertama untuk memenangi gelaran perseorangan lelaki di Wimbledon dalam lebih dari 75 tahun dan memenangi trofi itu sekali lagi tiga tahun kemudian.

    “Dia suka apa yang dilakukannya, jadi dia terdesak untuk kembali. Tetapi…apabila anda sudah lama tidak beraksi, anda tidak mahu tergesar-gesar,” kata ibu Murray, yang melatihnya ketika tahun-tahunnya sebelumnya.

    “Saya rasa dia berada dalam kedudukan yang baik pada ketika ini.”

    Pemain dari Scotland itu akan menghadapi Fernando Verdasco dalam suku akhir Terbuka Shenzhen hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda