Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Murray mara pusingan kedua Terbuka Madrid

    MADRID, 3 MEI – Andy Murray menggesa Dominic Thiem untuk teruskan kebangkitan selepas pulih daripada kecederaan apabila dia menewaskan bintang Austria itu 6-3, 6-4 dalam pusingan pertama Terbuka Madrid untuk meraih kemenangan pertamanya di gelanggang tanah liat dalam tempoh lima tahun.

    Thiem kembali daripada kece-deraan pergelangan tangan selepas 10 bulan berehat dan masih belum meraih kemenangan dalam mana-mana empat perlawanan yang disertainya setakat ini.

    Murray, bekas pemain nombor satu dunia yang telah menghabiskan beberapa musim untuk pulih daripada masalah pinggul dan pulih daripada pembedahan, memberi kata-kata semangat kepada Thiem selepas pertemuan mereka di Caja Magica.

    “Saya gembira melihat awda kembali, teruskan, ia mengambil banyak masa tetapi awda akan baik-baik saja,” kata Murray kepada bekas juara Terbuka AS ketika mereka berjabat tangan.

    Murray, yang pada mulanya berhasrat tidak menyertai saingan tanah liat kali ini, membuat penampilan mengejut di Madrid selepas pencabar yang dirancang untuk bertanding dibatalkan.

    Juara dua kali Madrid, itu mendapat kelebihan hasil 33 kesilapan yang tidak sepatutnya oleh Thiem dan mara ke pusingan kedua bertemu dengan Denis Shapovalov yang menewaskan pemain tangan kidal, Ugo Humbert dalam straight set. – AFP

    Aksi Andy Murray mengembalikan bola kepada Dominic Thiem semasa perlawanan perseorangan kejohanan tenis Jelajah ATP Madrid Terbuka 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...