Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray tarik diri kejohanan terbuka Australia

    MELBOURNE, 29 DIS – Andy Murray (gambar bawah) mengetepikan kemunculan semulanya pada Grand Slam selepas dia mengumumkan tidak akan mengikuti kejohanan terbuka di Australia bulan hadapan.

    Pihak Tenis Australia mengeluarkan kenyataan tersebut pada hari ini yang menyatakan Murray telah menarik diri daripada pembukaan musim ini di Melbourne Park dan Piala ATP, acara pasukan lelaki antarabangsa yang baharu, akan bermula pada minggu hadapan dan akan berlaku di Sydney, Perth dan Brisbane.

    “Saya bekerja keras untuk menempatkan diri saya untuk bermain di peringkat tertinggi dan kini saya cedera dan tidak dapat bermain di Australia pada bulan Januari,” kata Murray dalam satu kenyataan. “Sayangnya saya telah mengalami kemunduran baru-baru ini dan sebagai langkah berjaga-jaga, saya perlu berlatih untuk memperbaikinya sebelum saya kembali ke gelanggang untuk kejohanan.”

    Murray menjalani pembedahan di pinggang untuk mengubati kecederaan yang mengancam kerjayanya selepas pusingan pertamanya, kekalahan lima set kepada Roberto Bautista Agut di Terbuka Australia pada bulan Januari.

    Murray yang berusia 32 tahun tersebut kembali kepada kejohanan pada bulan Ogos di Cincinnati, di mana dia kalah pada pusingan pertama, dan juga bermain di tujuh kejohanan lain – termasuk Piala Davis di Sepanyol bulan lalu – untuk menamatkan tahun ini dengan 11-7 rekod kemenangan.

    “Selepas kejohanan terbuka Australia tahun ini, apabila saya tidak pasti sama ada saya boleh bermain semula, saya merasa sungguh teruja mengenainya untuk bermain semula di Kejohanan terbuka Australia dan mahu memberikan yang terbaik, namun kecederaan ini menjadikan saya lebih kecewa,” kata Murrey semasa mengalami kecederaan terakhirnya.

    Murray yang memenangi tiga kejohanan utama, telah bermain lima kali dalam Kejohanan terbuka Australia tetapi tidak pernah memenangi kejohanan yang diadakan di Melbourne Park. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda