MONTPELLIER, 24 FEB – Andy Murray tersingkir di kejohanan ATP Montpellier kelmarin selepas mengalami kekalahan straight set dalam pusingan pembukaan menentang pemain Belarus, Egor Gerasimov.
Bekas pemain nombor satu dunia mensia-siakan set point dalam set pembukaan sebelum tewas 7-6 (10/8), 6-1 kepada pemain ranking ke-83, Gerasimov.
Murray, terlepas aksi Terbuka Australia selepas diuji positif dijangkiti COVID-19, bermain jelajah ATP pertama sejak Oktober lalu.
Pemain kelahiran Britain berusia 33 tahun tewas dalam pusingan akhir kejohanan Challenger di Itali kepada Illya Marchenko awal bulan ini.
Murray ketinggalan dalam perlawanan ketujuh menentang Gerasimov kelmarin, tetapi bangkit untuk melangkah ke set penentuan. – AFP