ZHUHAI, 27 SEPT – Usaha Andy Murray untuk memenangi gelaran perseorangan pertama sejak pulih daripada pembedahan pinggul berakhir lebih awal dengan kekalahan kepada pemain ranking 31, Alex de Minaur, di Kejohanan Zhuhai.
Minaur menewaskan bekas pemain nombor satu dunia itu dengan keputusan 4-6, 6-2, 6-4 dan akan bermain menentang pemain pilihan keempat, Borna Coric dari Croatia bagi peringkat suku akhir.
Murray akan bermain di Terbuka China di Beijing minggu depan ketika dia meningkatkan usahanya untuk kembali bersaing secara kompetitif, namun mengakui bahawa minggu ini dia tidak menyangka untuk menemui semula prestasinya.
Sementara itu pemain pilihan utama, Stefanos Tsitsipas, mengalami masalah pernafasan dan menarik diri daripada perlawanan pembukaannya.
Tsitsipas menang set pertama menentang Adrian Mannarino dari Perancis dengan keputusan 6-3. Tetapi dia kemudian bergelut, kerap tunduk di atas gelanggang dan meletakkan tangannya di lutut. – AFP