Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray terus bermain untuk ‘beberapa bulan terakhir’

    DUBAI, 27 FEB – Andy Murray memberikan petunjuk bahawa dia sedang menuju ke ‘beberapa bulan terakhir’ dalam karier-nya selepas bangkit menewaskan Denis Shapovalov 4-6, 7-6 (5), 6-3 di Kejohanan Dubai untuk kemenangan ke-500 di gelanggang keras.

    “Saya jelas masih suka bertanding dan masih menyukai permainan ini, tetapi ia jelas menjadi semakin sukar apabila awda semakin tua untuk bersaing dengan pemain muda dan memastikan badan awda cergas dan segar,” kata Murray yang berusia 36 tahun dalam satu temu bual di padang selepas kemenangan pusingan pertamanya kelmarin.

    “Saya mungkin tidak mempunyai masa yang terlalu lama, tetapi saya akan melakukan yang terbaik yang saya boleh beberapa bulan terakhir ini.”

    Murray, juara Grand Slam tiga kali bermain dengan pinggul buatan, telah mempertimbangkan untuk bersara sebelum ini. Kemenangan kali ini adalah hanya kemenangan keduanya tahun ini.

    Selepas tewas dalam straight set kepada Tomas Martin Etcheverry pada pusingan pertama Terbuka Australia bulan lalu, Murray berkata ia mungkin kali terakhir dia memasuki kejuaraan utama pertama musim ini.

    Murray meningkatkan rekod kerjayanya kepada 18-5 di Dubai, di mana dia menjulang trofi pada 2017.

    Dia seterusnya akan menentang Ugo Humbert atau Gael Monfils.

    Antara pemain lain yang mempunyai 500 kemenangan di gelanggang keras dalam Era Terbuka ialah Roger Federer (783), Novak Djokovic (700), Andre Agassi (592) dan Rafael Nadal (518). – AP

    Reaksi Murray semasa menentang Shapovalov dalam Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai di Emiriah Arab Bersatu pada 26 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda