Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Murray, Venus tersingkir di pusingan pembukaan

    WASHINGTON, 2 OGOS – Juara Grand Slam tiga kali, Andy Murray tersingkir dalam pusingan pembukaan Terbuka Washington ATP dan WTA, selepas tewas kepada pemain Sweeden, Mikael Ymer.

    Pemain Scotland, 35, itu disingkirkan oleh pemain ranking ke-115, Ymer dengan keputusan 7-6 (10/8), 4-6, 6-1 selepas beraksi selama dua jam 50 minit di kejohanan percubaan Terbuka AS.

    “Saya sangat teruja,” kata Ymer, yang berjaya menyelamatkan empat set mata di set pertama. “Masih banyak usaha perlu dilakukan tetapi ini merupakan permulaan yang sangat baik.”

    Pemain ranking ke-50 dunia, Murray, yang juga juara Sukan Olimpik 2012 dan 2016, cuba merebut tempat di Terbuka AS, yang pernah dimenanginya sedekad lalu.

    “Ia masih boleh dilakukan,” kata Murray. “Saya hanya perlu bermain dengan baik di Kanada atau Cincinnati. Ia akan menjadi mudah jika saya berjaya mara ke peringkat suku atau separuh akhir, namun selepas kekalahan itu, ia kelihatan tidak realistik.

    Aksi Andy Murray semasa beraksi menentang Mikael Ymer di Terbuka Washington ATP dan WTA, baru-baru ini. – AFP

    “Jika saya bermain dengan baik saya pasti mampu melakukannya. Tetapi saya perlu meningkatkan permainan berbanding hari ini.”

    Sementara itu, juara Grand Slam tujuh kali, Venus Williams, yang bermain perlawanan perseorangan pertama dalam tempoh hampir setahun, juga tersingkir dalam pusingan pembukaan, setelah tewas kepada pemain kelayakan, Rebecca Marino 4-6, 6-1, 6-4.

    “Saya sangat gembira melihat peminat menyokong saya,” kata Williams “Sememangnya pengalaman yang hebat. Ini adalah perlawanan pertama saya jadi saya merasakan tidak bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan.

    “Saya hanya ingin membiasakan diri. Keputusan ini sudah dijangkakan. Apa yang boleh saya lakukan adalah bermain dalam kejohanan lain dan bermain dengan lebih baik.”

    Williams tidak beraksi di perlawanan perseorangan WTA sejak ditewaskan oleh pemain Taiwan, Hsieh Su-wei 49 minggu lalu di Chicago. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...