Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musabaqah Hafaz Al-Quran serta pemahaman peringkat saringan bermula

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah diadakan selama lima hari, iaitu pada 22, 25, 26, 27 dan 29 November.

    Acara berkenaan dianjurkan secara tertutup bertempat di Tingkat 7 dan 8, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Blok 2H, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

    Menurut Kementerian Hal Ehwal Ugama, peserta-peserta yang terlibat dikehendaki hadir lebih awal pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

    Bagi hari Sabtu, 22 November, pertandingan akan bermula pada pukul 8 pagi dan pukul 1.45 petang bagi Kategori D.

    Pada Selasa, 25 November, sesi pagi pada pukul 8 pagi adalah untuk Kategori E diikuti sesi pukul 1.45 petang bagi Kategori C.

    Kategori C akan disambung pada Rabu, 26 November pada pukul 8 pagi dan pukul 1.45 petang.

    Bagi hari Khamis, 27 November, sesi pagi pada pukul 8 pagi dan pukul 1.45 petang memperlihatkan penyertaan Kategori B.

    Seterusnya, Sabtu, 29 November, pertandingan dimulakan pada pukul 8 pagi dan pukul 1.45 petang bagi Kategori A.

    Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS semasa waktu bekerja di talian 2237512.

    – Gambar hiasan Unsplash
    – Jadual serahan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda