Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musabaqah menghafaz Al-Quran bermula 14 Februari

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Seramai 60 orang peserta akan bertanding di Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah yang akan diadakan tiga hari berturut-turut bermula 14 hingga 16 Februari di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

    Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS memaklumkan bahawa para peserta akan dibahagikan kepada kategori masing-masing iaitu kategori A hingga E.

    Pada 14 Februari, pertandingan akan bermula dengan peserta Kategori E iaitu seramai 12 orang terdiri daripada 10 lelaki dan dua perempuan pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    Kategori D yang disertai oleh enam lelaki dan enam perempuan akan bermula pada pukul 1:45 petang.

    Pada 15 Februari, bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pertandingan akan diteruskan lagi untuk peserta Kategori C iaitu bagi sembilan lelaki dan tiga perempuan, manakala Kategori B yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan akan mula bertanding pada pukul 1:45 petang.

    Pertandingan diteruskan lagi pada 16 Februari bagi peserta Kategori A yang terdiri daripada tiga lelaki dan sembilan perempuan bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    Sehubungan itu, semua peserta yang terlibat diminta untuk datang lebih awal pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

    Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi terus talian 2237512 atau 2233364.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda