Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musabaqah menghafaz Al-Quran labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah yang berlangsung selama dua hari menutup tirainya hari ini dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan hakim-hakim musabaqah di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Azim bin Haji Ali.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan Musabaqah bagi Kategori E, dengan lima orang peserta iaitu tiga peserta lelaki dan dua peserta perempuan memperdengarkan bacaan masing-masing.

    Majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada para peserta dan hakim-hakim musabaqah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir pada majlis itu ialah para pengarah jabatan dan bahagian serta pegawai kanan KHEU dan para jemputan termasuk dari agensi-agensi kerajaan dan institusi pengajian berkenaan yang turut serta dalam musabaqah tersebut.

    Haji Abdul Rajid menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Haji Abdul Rajid bersama antara tetamu yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda