Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musabaqah separuh akhir bermula

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS memaklumkan bahawa Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula esok di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

    Seramai 60 orang akan bertanding dengan kategori masing-masing iaitu 12 orang peserta dalam Kategori E dan 12 orang peserta Kategori D akan memperdengarkan bacaan masing-masing esok.Pada hari kedua, 15 orang peserta akan berentap dalam Kategori C dan enam orang peserta dalam Kategori B.

    Manakala itu, 15 orang peserta Kategori A pula akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada hari ketiga.Sehubungan itu, semua peserta yang terlibat diingatkan untuk datang lebih awal pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urus setia musabaqah iaitu Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran, di Blok 2H Tingkat 8 Kandominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan atau hubungi talian 2237512 dan 2233364.

    Majlis pengumuman keputusan dan penyampaian cenderamata akan diadakan pada 4 Mac di Dewan Kuliah ITQSHHB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda