Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muse pilih Malaysia destinasi persinggahan di Asia

    Band rock popular England, Muse memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi persinggahan di rantau Asia menerusi konsert jelajah dunia, Will of The People pada 29 Julai depan.

    Pengumuman itu dibuat oleh penganjur Hello Universe di Zepp KL, semalam.

    Berkongsi perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf berkata, pihaknya teruja apabila pemenang dua kali Anugerah Grammy itu memilih Malaysia sebagai destinasi eksklusif.

    “Menerusi kenyataan Muse sebelum ini, mereka tidak mempunyai perancangan mengadakan konsert jelajah di Asia.

    “Justeru, ini berita amat menggembirakan apabila Muse menyatakan persetujuan untuk mengadakan persembahan di Malaysia.

    Muse akan muncul dalam konsert jelajah dunia di lokasi yang akan diumumkan di Kuala Lumpur, 29 Julai depan. – Agensi

    “Tambahan pula, banyak negara Asia yang berminat untuk menganjurkan konsert Muse.
    “Kami menunggu hampir lima bulan untuk Muse menyatakan persetujuan selain mengadakan perbincangan dengan wakil pengurusan Muse di London, beberapa bulan lalu,” katanya kepada BH Online.

    Ditanya apakah penjelasan Muse berhubung keputusan itu, Adam berkata perkara itu tidak dinyatakan.

    “Apapun, saya sangat bertuah dan bersyukur apabila Muse bersetuju bekerjasama dengan kami.

    “Saya sendiri tertanya-tanya kenapa hati Muse terbuka untuk mengadakan konsert di Malaysia.

    “Mereka memilih kami yang masih baharu dalam bidang penganjuran konsert, sedangkan ramai mencuba nasib untuk menjadi penganjur,” jelasnya.

    Sebagai peminat tegar hasrat untuk membawa Muse ke Kuala Lumpur sudah lama diimpikan.

    “Muse adalah kumpulan muzik terkenal yang berjaya mempengaruhi saya untuk belajar bermain gitar.

    “Malah, ketika menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini, saya berdoa di depan Kaabah agar hajat saya untuk menganjurkan konsert Muse menjadi kenyataan,” katanya, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda