Museveni bertanding penggal keenam presiden

KAMPALA, 28 JULAI – Presiden Uganda Yoweri Museveni hari ini dilantik sebagai calon partinya dalam pilihan raya presiden 2021 di mana beliau akan berusaha meneruskan penggal keenam sebagai presiden.

Museveni, 75, bekas pemimpin pemberontak yang merampas kuasa pada 1986 dan pertama dipilih satu dekad kemudian, meminda perlembagaan pada 2005 untuk memansuhkan had dua penggal.

Pada 2019, Mahkamah Agung mengesahkan pembatalan had umur untuk jawatan presiden, justeru membuka laluan kepada bidaan pemilihan selanjutnya.

“Presiden hari ini dicalon-kan sebagai pemimpin parti dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Rogers Mulindwa, jurucakap untuk parti pemerintah Gerakan Tentangan Kebangsaan (NRM).

“Timbulnya hasrat umum dalam parti bahawa presiden menjadi satu-satunya calon kami memandangkan sumbangan besar beliau kepada negara dan Afrika,” kata Mulindwa. Museveni menghadapi satu cabaran dari Bobi Wine, bintang muzik dan ahli politik dengan nama sebenarnya Robert Kyagulanyi.

Beliau telah memenangi sokongan di kalangan belia yang hanya mengenali seorang presiden. – AFP