Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musiala bijak bantu Bayern

    BERLIN, 13 NOV – Penyerang remaja Bayern, Jamal Musiala membuat dua assist sekali gus membantu pasukannya menjarakkan kedudukan kepada enam mata sebagai pendahulu liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Schalke baru-baru ini.

    Berdepan pasukan tercorot dalam liga, Schalke, yang hanya menang dua kali dalam musim ini, Bayern memulakan perlawanan dengan kesebelasan utama yang menampilkan pemain yang terpilih ke Piala Dunia Qatar – enam untuk Jerman, empat untuk Perancis, dan satu untuk Cameroon.

    Tuan rumah berjaya mengekang kemaraan Bayern pada awal pembukaan perlawanan sebelum aksi tendangan kaki belakang Musiala membantu Serge Gnabry menjaringkan gol pada minit ke-38.

    Musiala membantu Eric Maxim Choupo-Moting mencetak gol kedua pada minit ke-52 selepas Bayern melancarkan serangan balas selepas tendangan percuma oleh Schalke.

    Pengendali Bayern, Julian Nagelsmann memuji aksi Musiala yang membantu skuadnya yang ‘berhak menang’.

    “Jamal Musiala telah membantu mendapatkan dua gol. Dia telah bermain dengan sangat cemerlang pada separuh pertama musim ini dan harapnya akan mempamerkan aksi yang lebih baik dalam Piala Dunia dan baki musim ini.” – AFP

    Aksi Jamal Musiala (kiri), membuat hantaran kepada rakan sepasukan, Gnabry (tiada dalam gambar) semasa perlawanan antara Schalke 04 FC dan Bayern Munich di Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda