Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musim hujan di Bolivia ragut 58 nyawa

    LA PAZ, 8 MEI – Musim hujan di Bolivia telah meragut 58 nyawa manakala 10 lagi dilaporkan hilang dengan lebih 860,000 keluarga kehilangan tempat tinggal sejak November lepas, menurut seorang pegawai kanan kerajaan pada Rabu, lapor Xinhua.

    Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes berkata hujan dalam tempoh itu sehingga April 2025 adalah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada musim sebelumnya.

    Akibat hujan lebat, lima daripada sembilan jabatan di negara itu telah mengisytiharkan bencana manakala tiga lagi mengisytiharkan darurat.

    Pada Mac lepas, pentadbiran Presiden Luis Arce mengisytiharkan darurat nasional bagi membolehkan bantuan antarabangsa disalurkan ke negara itu.

    Musim hujan yang berpanjangan di Bolivia dijangka berterusan sehingga 15 Mei. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda