Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musim kering cetus kebakaran di Korea S

    SEOUL, 3 APRIL – Anggota bomba bergelut hari ini untuk mengawal kebakaran hutan di seluruh Korea Selatan ketika musim kemarau menyebabkan kebakaran di beberapa rantau, termasuk di gunung yang popular dalam kalangan pendaki di tengah Seoul.

    Kebakaran berlaku pagi kelmarin di Gunung Inwang, destinasi luar yang popular di daerah Jongno di Seoul, dan merebak dengan cepat akibat angin kencang, menurut kerajaan bandar itu dalam satu kenyataan.

    Kira-kira 120 isi rumah terpaksa dipindahkan, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, tambahnya.

    Anggota bomba yang menggunakan helikopter masih lagi bergelut untuk memadamkan kebakaran yang marak awal hari ini, menurut kenyataan itu, walaupun kebakaran utama berjaya dipadamkan petang kelmarin.

    Pihak berkuasa akan menyiasat punca kebakaran sebaik sahaja ia dipadamkan sepenuhnya, lapor agensi berita Yonhap.

    Hari ini, pihak bomba juga bergelut dengan angin kencang dan asap dalam usaha mengawal kebakaran hutan di seluruh wilayah Chungcheong, selatan Seoul.

    Lebih 60 rumah dan bangunan rosak akibat kebakaran dan sekurang-kurangnya 236 orang telah dipindahkan di daerah Hongseong di selatan Chungcheong, menurut Perkhidmatan Hutan Korea. – AFP

    Anggota bomba menyaksikan helikopter memadam kebakaran di Gunung Inwang di Seoul. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda