Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musim masih boleh diselamatkan – Ketua UEFA

    ROM, 30 MAC – Ketua UEFA berkata liga bolasepak Eropah masih mencari semua pilihan dan akan mengakhiri musim ini jika pandemik COVID-19 berkurangan.

    “Kami boleh bermula semula pada pertengahan Mei, pada bulan Jun atau pada akhir bulan Jun,” kata Aleksander Ceferin.

    Jika selepas itu masih dengan krisis “musim ini mungkin akan dibatalkan,” katanya.

    Idea keseluruhan musim dibatalkan memaksa keadaan menjadi panik bagi semua kelab seperti Liverpool yang akan mengangkat trofi gelaran pertamanya dalam tempoh 30 tahun.

    Ceferin tidak mengatakan bila UEFA akan mengeluarkan keputusan akhir dan menegaskan bahawa perundingan dengan liga dan kelab utama masih dijalankan.

    “Terdapat juga cadangan untuk mengakhiri musim ini dan kemudian memulakan sedikit lewat,” kata Ceferin.

    Belarus kekal satu-satunya negara Eropah yang masih meneruskan bola sepak dalam menghadapi pandemik yang telah membunuh kira-kira 28,000 nyawa di seluruh dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda