Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musim mendaki Gunung Fuji berakhir

    SHIZUOKA, 11 SEPT – Musim mendaki Gunung Fuji berakhir kelmarin, dengan kesemua empat laluannya ditutup sehingga sekitar Julai tahun depan bagi mengelakkan kemalangan terutamanya akibat ribut salji, lapor Agensi Berita Kyodo.

    Polis tempatan memberi amaran agar orang ramai tidak mendaki puncak tertinggi Jepun yang terletak di barat daya Tokyo itu semasa laluannya ditutup, menekankan bahawa keadaan seperti musim sejuk menjadikan pendakian amat berbahaya.

    Wilayah Yamanashi dan Shizuoka, yang menguruskan laluan di puncak setinggi 3,776 meter itu, baru-baru ini menyaksikan peningkatan dalam pendakian luar musim dan tidak berjadual yang sering kali menyebabkan pendaki terkandas.

    Bermula musim mendaki kali ini, kedua-dua wilayah mula mengenakan yuran masuk sebanyak 4,000 yen (AS$27), manakala Yamanashi juga mula mengehadkan waktu orang ramai boleh memasuki laluannya sebagai sebahagian daripada langkah-langkah untuk mengelakkan pendakian berbahaya dan tidak berjadual.

    Pegawai mereka menyatakan langkah-langkah itu berkesan pada tahap tertentu.

    Antara kes pendaki terkandas semasa penutupan laluan termasuk mereka yang tiba-tiba membuat keputusan untuk mendaki tanpa banyak persediaan dan pelawat asing yang cuba mendaki dalam tempoh lawatan singkat mereka di Jepun, menurut para pegawai.

    Pada Jun tahun lalu, mayat tiga lelaki ditemukan di dalam kawah di bahagian Shizuoka. – Bernama

    Pintu di Stesen Kelima Subashiri diblok masuk dengan penyekat, menandakan laluan ke puncak Gunung Fuji ditutup, pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda