Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Musim mendaki Gunung Fuji bermula dengan peraturan baharu

    KOFU, 1 JULAI – Musim mendaki Gunung Fuji bermula hari ini dengan pembukaan satu daripada empat laluan utama pendakian.

    Buat kali pertama, pihak berkuasa tempatan mengenakan yuran masuk sebanyak AS$12 dan mengehadkan bilangan pendaki bagi mengurangkan kesesakan.

    Wilayah Yamanashi kini membenarkan maksimum 4,000 pendaki sehari di Laluan Yoshida, iaitu laluan paling popular menuju puncak gunung setinggi 3,776 meter.

    Laluan ke puncak itu dijangka dibuka sehingga 10 September, lapor agensi berita Kyodo.

    Bagi mengawal jumlah pendaki, sebuah pintu gerbang telah didirikan di stesen kelima, yang menutup laluan antara 4 petang hingga 3 pagi bagi mereka yang tidak membuat tempahan bermalam di pondok lereng gunung.

    Tahun lalu, kira-kira 160,000 pendaki menggunakan Laluan Yoshida, menurut bandar Fujiyoshida di wilayah Yamanashi.

    Gunung Fuji diiktiraf sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada 2013, adalah destinasi pelancongan yang sangat popular.

    Musim pendakian untuk tiga laluan lain dijadual bermula pada 10 Julai. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...