Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musim Peralihan dijangka berterusan hingga Nov

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt –  Musim Peralihan diramalkan bermula di Negara Brunei Darussalam pada awal bulan Oktober dan dijangka berterusan hingga ke bulan November.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dalam satu kenyataan berkata, semasa Musim Peralihan ini, keadaan cuaca negara adalah dipengaruhi oleh kesan angin tempatan yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan awan ribut petir di kawasan pedalaman pada waktu petang, sebelum bergerak ke kawasan pesisiran pantai dan laut pada waktu malam.

    “Berdasarkan rekod iklim, kekerapan kejadian ribut petir dan kilat adalah tertinggi semasa Musim Peralihan. Perlu diingat, risiko kejadian banjir atau banjir kilat di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir dan kejadian tanah susur berkemungkinan besar berlaku semasa keadaan hujan berintensiti sederhana hingga lebat berterusan berlaku dalam jangka waktu lebih dua jam,” kata kenyataan itu.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda