Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musk akan letak jawatan lepas temui pengganti

    WASHINGTON, 21 DIS – Elon Musk berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sebaik menemui pengganti untuk mengambil alih jawatan itu.

    “Saya akan meletak jawatan sebagai CEO sebaik sahaja saya menemui seseorang yang ‘foolish enough’ untuk mengambil alih tugas itu!.

    “Selepas itu, saya hanya akan menerajui pasukan perisian & pelayan,” kata Musk di Twitter semalam, lapor agensi Anadolu.

    Pengumuman Musk dibuat ber-ikutan hasil tinjauan dalam talian yang disiarkannya di Twitter, sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform media sosial itu. Beliau mengambil alih Twitter pada awal tahun lalu menerusi perjanjian berprofil tinggi bernilai AS$44 bilion.

    “Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini,” katanya.

    Tinjauan itu menerima lebih 17.5 juta undian di seluruh dunia dengan majoriti 57.5 peratus mahu beliau meletak jawatan berbanding hanya 42.5 peratus mengatakan tidak. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Elon Musk semasa tiba di majlis anugerah media Axel Springer di Berlin. Musk berkata dia akan meletakkan jawatan sebagai CEO Twitter sebaik menemui pengganti untuk mengambil alih jawatan itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda