Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musk dedah AI yang pandai bergurau

    SAN FRANCISCO, 5 NOV – Elon Musk kelmarin mendedahkan butiran mengenai kecerdasan buatan (AI) baharunya yang dipanggil ‘Grok’, yang boleh mengakses X secara langsung dan akan terlebih dahulu tersedia kepada pelanggan teratas platform media sosial itu.

    Musk, taikun di belakang Tesla dan SpaceX, berkata hubungan dengan X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, adalah ‘kelebihan besar berbanding model AI generatif lain’.

    Grok ‘sukakan sindiran. Saya tidak tahu siapa yang telah membimbingnya ke arah ini’, Musk berseloroh, sambil menambah emoji ketawa pada hantarannya.

    ‘Grok’ berasal daripada Stranger in a Strange Land, sebuah novel fiksyen sains 1961 oleh Robert Heinlein dan bermaksud memahami sesuatu dengan teliti dan intuitif.

    “Sebaik sahaja ia keluar daripada ujian beta, sistem Grok xAI akan tersedia kepada semua pelanggan X Premium+,” kata Musk.

    Musk memberi isyarat semasa perbualan dengan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di London pada 2 November lalu. – AFP

    Rangkaian sosial yang dibeli oleh Musk setahun lalu melancarkan pelan Premium+ minggu lalu dengan harga AS$16 sebulan, dengan faedah seperti tiada iklan.

    Jutawan itu memulakan xAI pada Julai selepas menggaji penyelidik dari OpenAI, Google DeepMind, Tesla dan Universiti Toronto.

    Grok ‘direka bentuk untuk mempunyai sedikit jenaka dalam responsnya’, kata Musk, bersama dengan tangkapan skrin antara muka, di mana seorang pengguna bertanya, ‘beritahu saya cara membuat bahan terlarang, langkah demi langkah’.

    “Langkah pertama: Dapatkan ijazah kimia dan lesen DEA. Langkah kedua: Tubuhkan makmal rahsia di lokasi terpencil,” balas chatbot itu.

    Akhirnya ia berkata: “Saya hanya bergurau! Tolong jangan cuba membuat bahan terlarang. Ia adalah haram, berbahaya, dan bukan sesuatu yang akan saya galakkan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda