WASHINGTON, 30 Sept – Elon Musk telah mencapai satu perjanjian berhubung dakwaan penipuan yang akan melihatnya meletak jawatan sebagai pengerusi lembaga pengeluar kereta elektrik Tesla dan membayar denda berjumlah AS$20 juta namun akan kekal memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO), kata pengawal selia sekuriti Amerika Syarikat (AS) semalam.
Perjanjian tersebut mengurangkan tekanan ke atas CEO Tesla, yang menghadapi kemungkinan dilarang daripada menjadi seorang pegawai atau anggota lembaga sebuah syarikat awam hasil daripada dakwaan tersebut, yang berpunca daripada kenyataan beliau di Twitter untuk menswastakan syarikat berkenaan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)