Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musk labur AS$30 bilion dalam Starlink

    BARCELONA, 30 JUN – Usahawan jutawan Elon Musk berkata semalam beliau merancang melabur sehingga AS$30 bilion dolar untuk membangunkan perkhidmatan internet satelit Starlink.

    Starlink merancang menggunakan ribuan satelit orbit rendah untuk menyediakan internet berkelajuan tinggi ke kawasan terpencil.

    Setakat ini ia berjaya membangunkan lebih 1,500 satelit dan pada Ogos ia berupaya menyediakan liputan di setiap kawasan di dunia kecuali Kutub Utara dan Selatan, beritahu Musk kepada Kongres Dunia Mobile, persidangan industri telekom yang sedang berlangsung di Barcelona, menerusi video.

    Ketua Tesla itu berkata beliau menjangka melabur ‘sekurang-kurangnya lima bilion dolar, dan mungkin 10 bilion dalam Starlink sebelum perkhidmatan mempunyai aliran tunai positif.

    Starlink kini beroperasi di kira-kira 12 negara, dengan lebih banyak lagi akan ditambah, dan ia mempunyai 69,000 pengguna aktif, kata Musk.

    “Kami bakal memiliki beberapa ratus ribu pengguna, mungkin lebih 500,000 pengguna dalam masa 12 bulan,” tambah beliau.

    “Timbulnya keperluan untuk mewujudkan kesalinghubungan di tempat-tempat yang tidak mempunyainya sekarang, atau di mana ia amat terhad.”

    Musk berkata Starlink menjual terminalnya dengan harga AS$500 walaupun ia menelan kos lebih AS$1,000 untuk dibangunkan, maka kumpulannya sedang berusaha untuk membangunkan satu model yang kurang mahal. Beliau berharap satu terminal akan dibangunkan yang menelan kos AS$220 hingga AS$250.

    Beliau berkata Starlink dapat membantu firma telekom memenuhi keperluan kesalinghubungan luar bandar yang terkandung dalam lesen untuk rangkaian selular 5G amat laju yang sedang digunakan di seluruh dunia. – AFP

    Usahawan Elon Musk merancang melabur sehingga AS$30 bilion dolar untuk membangunkan perkhidmatan internet satelit Starlink. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda