Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Musk mungkin ubah logo burung Twitter

    SAN FRANCISCO, 23 JULAI – Pemilik Twitter, Elon Musk, memberi bayangan kelmarin petang yang dia mungkin akan menukar logo burung kartun biru rangkaian media sosial itu – dan tidak lama lagi akan menggantikannya dengan logo berdasarkan aplikasi ‘semuanya dalam satu’ yang selama ini beliau sebut X.

    “Juga tidak lama lagi, kita akan mengucapkan selamat tinggal pada jenama Twitter dan, secara perlahan-lahan, semua burung,” katanya dalam satu tweet sekitar tengah malam, yang menandakan penamat kepada imej di mana perkataan ‘tweet’ berasal.

    “Seperti ini tetapi dengan huruf X,” kata bos SpaceX yang berusia 52 tahun itu, di atas gambar burung Twitter dengan latar belakang berwarna hitam dan putih berkilauan.

              “Untuk mencerminkan kelemahan dalam diri kita yang menjadikan kita unik,” balasnya terhadap hantaran tersebut.

    Twitter telah diasaskan pada tahun 2006 dan namanya diambil daripada perkataan bagi bunyi burung berkicauan, telah menggunakan jenama burung sejak awal pembentukannya, ketika syarikat itu membeli simbol saham burung biru muda dengan harga AS$15, menurut laman web reka bentuk Creative Bloq. – AFP

    Gambar fail logo Twitter. – AP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda