Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Musk rancang superkomputer terbesar untuk xAI

    WASHINGTON, 26 MEI – Jutawan teknologi Elon Musk telah memberitahu pelabur bahawa dia bercadang untuk membina superkomputer yang digelar ‘kilang giga untuk mengira’ bagi menyokong pembangunan syarikat pemula kecerdasan buatannya xAI, lapor sebuah saluran berita industri kelmarin.

    Musk mahu komputer super dengan gabungan 100,000 cip Nvidia, beroperasi menjelang musim luruh 2025 nanti dan “akan bertanggungjawab secara peribadi untuk menyiapkannya tepat pada masa,” kata The Information.

    Superkomputer yang dirancang akan menjadi “sekurang-kurangnya empat kali saiz kelompok GPU terbesar yang wujud hari ini,” seperti yang digunakan oleh Meta untuk melatih model AInya, kata Musk semasa pembentangannya kepada pelabur bulan ini.

    Musk ialah salah satu daripada beberapa pelabur di dunia yang mempunyai kewangan kukuh untuk bersaing dengan OpenAI, Google atau Meta dalam persaingan AI yang sejak pengeluaran AI generatif yang melonjak pada 2022.

    xAI sedang membangunkan bot sembang bernama Grok, yang boleh mengakses laman sosial X, yang juga dimiliki oleh Musk, dalam masa nyata.

    Musk mengasaskan OpenAI pada 2015 tetapi meninggalkannya pada 2018 setelah dia tidak selesa dengan hala tuju syarikat itu yang mahukan keuntungan di bawah pengawasan Sam Altman. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...