Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muslimah Masjid semarak Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien hari ini, telah mengendalikan Program Bicara Muslimah sempena Sambutan Israk Mikraj 1442H/2021M bagi Kelas Muslimah Daerah Brunei dan Muara.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di masjid tersebut ialah isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Jamaiah binti Haji Abdul Manap.

    Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan wanita dari KHEU serta para peserta kelas bimbingan Muslimah masjid dari Daerah Brunei dan Muara.

    Antara tujuan majlis berkenaan adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Israk Mikraj bagi tahun 1442H dan sama-sama berpartisipasi dalam mengembangkan syiar Islam.

    Selain itu untuk mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dalam Israk dan Mikraj serta mengambil teladan/iktibar daripadanya. Ia juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi silaturahim kalangan Muslimah kelas bimbingan.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli sebelum bicara Muslimah dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1, KHEU, Awang Mohammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Acara diteruskan lagi dengan bacaan Istighfar yang dipimpin oleh Muslimah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Sebelum bersurai, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Hajah Halimah binti Haji Mohd Said.

    Dengan adanya program itu, ia diharap akan dapat memberi peluang kepada para Muslimah untuk mengingat kembali peristiwa Israk dan Mikraj serta menjadikannya sebagai teladan dalam membina sahsiah Muslimah yang beriman dan bertakwa.

    Tetamu kehormat bersama kalangan Muslimah lainnya yang hadir pada Program Bicara Muslimah sempena Sambutan Israk Mikraj yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar oleh JHEM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda