Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muslimah Rizqah sertai KBku Ceria

    Oleh Normazlina M.D

     

    KUALA BELAIT, 27 Ogos – Pelbagai aktiviti dan kegiatan telah dijalankan oleh beberapa kumpulan sukarelawan bagi memeriahkan lagi sambutan Kuala Belaitku (KBku) Ceria yang diadakan di kawasan Taman Persiaran Kuala Belait, pagi tadi.

    Antara sukarelawan wanita yang ikut serta ialah Muslimah Rizqah dengan mengadakan jualan barangan terpakai, barangan patung kanak-kanak, makanan, mengadakan pondok gambar dan mengadakan pertandingan mini khusus untuk kanak-kanak seperti peraduan mewarna, spelling bee, dan Roll The Dice.

    Menurut salah seorang ahli Muslimah Rizqah, Dayang Azerina binti Haji Ahmad, ini merupakan kali keempat kumpulan berkenaan ikut serta dalam sama-sama memeriahkan majlis keramaian dan merupakan kali kedua Muslimah Rizqah memeriahkan KBku Ceria.

    Aktiviti dan kegiatan yang dijalankan oleh Muslimah Rizqah bagi memeriahkan lagi suasana KBku Ceria, pagi tadi.

    Kumpulan Muslimah Rizqah merupakan kumpulan sukarelawan Muslimah yang bergiat aktif dalam mana-mana persatuan atau kelab di negara ini dan baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini. Pada masa ini, seramai 25 orang Muslimah telah bergiat aktif mengikuti aktiviti-aktiviti kesukarelawanan.

    Adapun tujuan penubuhan tersebut adalah untuk membantu wanita-wanita luar sana, yang mana Dayang Azerina menjelaskan, terdapat sebilangan wanita merupakan ibu tunggal. Oleh itu, dengan mengikuti Muslimah Rizqah ini, ia akan dapat membantu ibu-ibu tunggal untuk bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan.

    Beliau seterusnya menasihati ibu-ibu tunggal di luar sana agar menjadi seorang Muslimah yang berdikari, berkeyakinan dan bantu-membantu sesama sendiri dan orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda