Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mutko letak jawatan ketua penganjur Piala Dunia

    MOSCOW, 28 Dis – Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko yang telah digantung seumur hidup dari Olimpik bulan ini susulan kes doping berkata semalam bahawa dia meletak jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur Piala Dunia 2018.

    “Pengarah jawatankuasa penganjur Alexei Sorokin akan dilantik menjadi pengerusi,” agensi Rusia memetik kenyataan Mutko, dua hari selepas menggantung tugas sebagai Presiden Kesatuan Bola Sepak Rusia.

    “Dia sekarang ketua jawatankuasa penganjur bermula hari ini,” dia kata.

    Sorokin yang berusia 45 tahun telah menjadi pengarah eksekutif kesatuan Bola Sepak Rusia antara tahun 2008 dan 2010.

    “Dia akan berinteraksi dengan FIFA. Saya akan fokus tugas dalam kerajaan,” kata Mutko. “Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan tetapi saya pasti semuanya akan tersedia tepat pada masanya. “Kami menjangkakan 30 Mei ini kami akan sejajar dengan peraturan yang diberikan FIFA.”

    Vitaly Mutko bercakap kepada media ketika sidang media susulan mesyuarat Kesatuan Bola Sepak Rusia di Moscow. – AP

    FIFA berkata dalam kenyataan e-mel, ia akan berhasil dengan Sorokin “dengan matlamat untuk mempamerkan acara yang mantap pada Jun dan Julai nanti.”

    “FIFA berterima kasih kepada Mutko kerana sumbangan dan persediaan untuk pertandingan berprestij nanti,” katanya.

    Isnin lalu, Mutko memaklumkan bahawa dia merancangkan untuk memfailkan kenyataan di Mahkamah Timbang Tara Sukan untuk mencabar penggantungan Olimpik dan akan menggantung tugasnya di RFU untuk tempoh masa prosiding.

    Dia menambah, pada masa yang sama dia akan meneruskan tugasnya sebagai ketua koordinator persediaan Piala Dunia Rusia yang akan berlangsung pada musim panas ini sehingga lembaga tertinggi Rusia membuat keputusan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda