Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzakarah KHEU, ahli MMN

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Bagi memantapkan kualiti perkhidmatan serta bermuzakarah dan bertukar-tukar fikiran dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan KHEU.

    Sesi muzakarah berkenaan adalah sebagai forum tahunan bagi ahli-ahli MMN dan KHEU untuk mengongsikan mengenai perkembangan aktiviti, dasar serta polisi kementerian yang terkini, di samping menjalin dan membangun ukhuwah yang lebih erat di antara kedua-dua belah pihak serta sebagai persiapan bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara 2018/2019.

    Hadir mempengerusikan sesi muzakarah itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda