Thursday, November 28, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzakarah kongsi pencapaian, strategi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Peranan, tugas, pencapaian, usaha, strategi perancangan, hala tuju dan cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah dikongsi semasa sesi muzakarah dengan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

    Pada masa sama, ia memberi peluang kepada ahli MMN untuk berbincang, bertukar fikiran, menyampaikan pandangan serta memberikan cadangan yang boleh membantu memajukan lagi kementerian berkenaan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Yang Berhormat Dr Haji Mahali bin Haji Momin selaku ketua rombongan ahli MMN dalam ucapan balas pada Sesi Muzakarah KSSUP dengan ahli MMN yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, hari ini.

    Sesi muzakarah itu dihadiri oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan seramai 18 orang ahli MMN.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; Timbalan Setiausaha Tetap I, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap II, pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian serta para pegawai kanan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Dalam ucapan balasnya, Yang Berhormat Dr Haji Mahali turut berkata, menerusi muzakarah itu, ia memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh kementerian dalam menuju Wawasan Brunei 2035 yang mahu menjadi sebuah negara yang makmur, mempunyai pendapatan yang tinggi serta mencapai 10 teratas negara maju di dunia.

    Sesi muzakarah juga menyaksikan taklimat mengenai pencapaian terkini keluaran kasar sektor sumber-sumber utama dan pelancongan serta hala tuju strategik KSSUP bagi tempoh 2023-2028 yang disampaikan oleh Hajah Tutiaty dan dikuti sesi perbincangan dan soal jawab.

    Yang Berhormat Dr Haji Mahali menyampaikan ucapan balas pada Sesi Muzakarah KSSUP dengan ahli MMN.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda