Semua orang gemar mendengar muzik yang bagus. Sama ada ketika membuat kerja rumah, memakai solek, atau memandu di lebuh raya, ditambah lagi dengan pelbagai genre muzik mampu memberi kesan kepada tugasan atau perjalanan awda.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa mendengar muzik boleh membantu kulit awda menjadi lebih berseri.
Jadi, bolehkah melodi tertentu yang awda gemari memberi kesan kepada kulit awda?
Muzik yang menenangkan boleh memperlahankan degupan jantung awda di samping menurunkan tekanan darah.
Tindak balas itu, kata pakar, boleh memberi kesan yang mendalam pada kulit awda.
Sebuah pakar produk telah meneliti lagu yang boleh memberi manfaat kepada kulit kita.
Mereka meneliti 1.4 juta lagu yang tersedia di Spotify, memfokuskan pada senarai muzik untuk dimainkan merangkumi kata kunci seperti ‘penjagaan kulit’, ‘tenang’ dan ‘kesihatan’.
Hasil daripada penelitian itu didapati 25 senarai lagu telah dianggap paling santai untuk dimainkan semasa melakukan rutin penjagaan kulit awda.
Menurut Dr Michael Bonsho, seorang PHD dan MA dalam Psikologi Muzik dari University of Sheffield, genre muzik yang paling santai adalah hip-hop.
Ini kerana kebanyakan lagu hip-hop mempunyai tempo 80bpm, rentak kitaran dan elemen berulang seperti melodi dan lirik. Justeru menjadikannya lebih mudah untuk didengar.
Sains di sebalik ini adalah apabila awda mendengar muzik yang awda nikmati, otak awda mengeluarkan dopamin, neurotransmiter yang dikaitkan dengan keseronokan dan kebaikan.
Pada masa yang sama mengurangkan tahap kortisol, hormon tekanan yang menyebabkan masalah kulit seperti rosacea dan jerawat. – ANN/The Star