Daripada pemerhatian penyanyi malar segar, Datuk Zainal Abidin, 60, industri muzik tempatan semakin mundur.
Zainal meluahkan, muzik semakin hilang seni. Sebaliknya, bagi Zainal, apa yang tinggal sekadar bunyi apabila sesiapa sahaja yang memiliki wang dan kuasa boleh bergelar penyanyi. Maka, tidak hairan, katanya, lagu zaman ini jarang bertahan menjadi lagu malar segar, sebaliknya diibarat ‘sampah’.
Sehubungan itu, Zainal hilang keinginan menerbitkan lagu baharu selepas kali terakhir tampil menerusi album Puteri pada 2004. Menafikan didorong rasa kecewa, penyanyi yang pernah menggenggam trofi Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1994 melalui lagu Satu, iaitu duet bersama Allahyarham Tan Sri SM Salim, menjelaskan, ia lebih kepada rasa kasihan melihat industri muzik tempatan yang makin mundur. – Agensi